Cin_Say

Selasa, 31 Januari 2012

i think..


Salam....

Bagaimana khabar kawan-kawan semua? Apa khabar dunia?
Semoga semuanya baik-baik saja, lebih baik dari semalam pn it's ok juga.
Disini aq ingin mengulas suatu resepi mengikut persepsi aq sendiri yaitu resepi kebahagiaan dalam sebuah keluarga...actually, bahan-bahan utama ini aq dapat dari artis terkenal negera kita iaitu kak Nora sewaktu menonton rancangan AIM 2011 lepas, jadi aq hanya ingin mengulas bahan-bahan utama kita ini dengan ramuan dan rempah ratus aq sendiri. Tak tahulah sama ada sama dengan ramuan kak Nora kita tu atau tak...
Resepi tersebut adalah '3K' bukan Datuk K atau Dr. K, dimana 3K ini terdiri dari kondominium, kad kredit, dan kereta. Ketiga-tiga bahan ini mengandungi ramuannya masing-masing dimana jika digabungkan akan membentuk satu resepi yang sangat SUPER....

Kondominium

Ramuan yang mengisi kondominium adalah ahli keluarga dan tempat tinggal yang selesa. Kenapa? Sebab...dalam rumahtangga kedua-dua ramuan ini sangat erat macam buku dan ruas jika salah satunya tiada maka akan rapuhlah sebuah rumahtangga. Rumah tanpa ditinggali akan meninggalkan kekosongan sama seperti hati yang kosong. Manakala manusia tanpa rumah akan jadi gelandangan dan sukar untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Kondominium dijadikan sebagai lambang kerana kondominium merupakan salah satu simbol kemewahan dan kemegahan seseorang.

Kad Kredit

Dalam kad kredit banyak rempah ratus yang perlu. Kad kredit merupakan simbol kewangan dimana inti kewangan ini adalah pekerjaan sebab tak akan ada wang yang terhasil tanpa kita bekerja terlebih dahulu. Dengan adanya pekerjaan akan ada wang, dengan adanya wang akan ada kemampuan untuk menampung keperluan keluarga memiliki property yang perlu.

Kereta

Merupakan transportasi dan mobilisasi dalam sebuah keluarga. Gambaran bagaimana kita handle sebuah keluarga dan menghantar kesebuah destinasi yang aman, damai, bahagia, dan berkekalan hingga keakhir hayat. Tanpa adanya jalan raya untuk dilalui dan kereta untuk melalui, takkan terjadi atau terbentuk 1 rumahtangga yang kukuh dan berkekalan. Kereta juga merupakan transportasi jalan yang akan membawa kepada pendidikan dengan adanya ked kredit.

Nah, dah dapatkan bahan-bahan tersebut? Hopefully kita semua dapat memiliki, mamahami, dan 'handle' resepi 3K ini dengan baik dan benar.....Namun, tanpa ada perasa-perasa dalam resepi tersebut takkan complete jadinya. Apa perasa-perasa tersebut? Sudah tentu kasih sayang, doa, kesefahaman, dan respect antara sesama. Tanpa adanya 3K beserta ramuan dan perasa-perasa yang sangat baik dan mujarab ini takkan terjadinya sebuah keretakan dalam gelas yang tebal.

Lastly, adakah resepi ini dapat difahami? Aq memohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya ada yang salah, kurang tepat, ataupun tidak sesuai dalam resipi aq ini. Maklumlah, aq ini sangat-sangat freshy dalam penulisan ni. Sekiranya ada yang kurang tolonglah bantu aq untuk perbaiki supaya menjadi lebih baik kedepannya.
TQ.


_LuNN_

Tidak ada komentar:

Posting Komentar